Friday, December 19, 2008

Citer Nie Menguji Minda Anda

BACA SAMPAI HABIS….!!!!!!!!!



"Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila on 7Eleven. Sejak lahir lagi puteri ini telah terkena sumpahan. Apa je menda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau puteri tu terpegang mereka maka meraka akan cair jugak.
Maka musykil la Ayahanda nye kerana alamat tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat memanda perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair.
Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan memanda perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa barang siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu. Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung. .... Muncul lah lelaki yang pertama, Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu? Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri dan kapal terbang. Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu. Lelaki#1 : Silakan.... Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknye logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri... Muncullah lelaki ke-2..... Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu? Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalam dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan. Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya. Lelaki#2: Silakan..... Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri. Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya... Kemudian muncul lah lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun! Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je? Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini. Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba memegangnya. Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya, seluklah dalam poket hamba ini... Maharaja: Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah! Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu. Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan... Maharaja tanya puterinya Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu? Puteri: Dapat.... Maharaja: Benda tu cair? Puteri: Tak.... Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu Beta! Lelaki: Heheheheheheheheheh ehe...... . Tapi..... Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang? Apa yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa? Hehehehehehehehehe. ...
(Sila scroll down........ ...)

(Sila scroll down........ ...)

(Sila scroll down........ ...)

(Sila scroll down........ ...)

(Sila scroll down........ ...)

(Sila scroll down........ ...)

(Sila scroll down........ ...)

(Sila scroll down........ ...)

(Sila scroll down........ ...)

(Sila scroll down........ ...)

(Sila scroll down........ ...)

(Sila scroll down........ ...)

(Sila scroll down........ ...)






BENDA ITU IALAH------






COKLAT M&M CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN!




KORANG INGAT APA? OTAK TU BIAR BETUL SIKIT AAAAA...TAK SESUAIII TAU KORANG HEHEHEHEHEHEHEHEHEH EHEHEHEEHEH "

Giler2 Remaja

Wednesday, December 17, 2008

Kepada Siapa Yg Berkeluarga Sila Baca...Please

Parents, plz spend some moment to read......
Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.
Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja.
"Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak dengar," kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. "Buku baru ya?" saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.
"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. "Bolehlah Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah. "Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.." "Mama basuh pinggan. Alaaa? bacalah, papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah.
"BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!" saya jerkah permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu.
Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"
Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu, seminggu, dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang, Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.
Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.
"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambil tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya. "Mama dah bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan. "Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! katanya. Saya mengangguk.
Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.
Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.
Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya.
"Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!" saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat. "Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang mama, Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya.
Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.
Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.
Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan. Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya. Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.
"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahun berlalu.
Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.

Beringatlah Wahai Para Isteri

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua
tahun yang lalu sering
>datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya
>selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang
>telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya
>mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari
>ini.

>Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan
>anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.
>Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan
>saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi
>keterlaluan jika dikatakan
>saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat
>berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan
>rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah
>saya
>abaikan.
>
>Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat
>memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang
>untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan
>lain-lain
>sifat yang
>baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan
>waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang
>berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan
>memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang
>bertakwa.
>Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami
>akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri
>terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam
>dan
>menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan
>kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang
>kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas
>mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah
>tugas
>nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.
>Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat
>dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur
>kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur,
>hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan
>sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain
>kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan
>masing-masing.
>
>Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya
>ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu
>merupakan
>hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa
>orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan
>pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke
>rumah.
>Penat dan letih tidak dapat digambarkan.
>
>Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.
>Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak,
>bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada
>petang itu.
>Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu
>jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami
>sedar
>saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak
>memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan
>laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya.
>Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa
>tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan
>usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami
>sayalah
>orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap
>pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di
>katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun
>hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar
>tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya
>hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata
>kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu
>saya
>menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.
>Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada
>saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu
>tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.
>Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.
>Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti
>ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak
>berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali
>-
>panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam
>kemalangan
>dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital,
>tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya
>dan
>saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami,
>tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya
>kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini.
>Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan
>yang
>lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,
>maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya.
>Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada
>seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,
>tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan
>murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya." Sehingga kini,
>setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.
>Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara
>saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak
>agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada
>ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai
>isterinya.
>Itulah harapan saya ...semoga Allah perkenankannya.
>
>Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan

Tuesday, December 16, 2008

Baca Dan Hayati Citer Nie

aku kini benar2 kehilangannyer...
aku lama nak menulis blog khas untuk anak aku.. tp asik tertangguh2.. sibuk uruskan dirinya, hal2 kesihatan, appoinment2 nye di klinik dan hospital.. buat aku rasa malas nk menulis..tp aku tak sangka apa yg aku alami ni jd kenangan terindah dan terpedih dlm hidup aku..
buat anak ibu Nur Hamiza Izzati. ibu pernah berbisik pd kamu, di akhir2 hayat mu yg kasih dan sayang ibu terhadap mu seluas alam semesta ini, dunia dan akhirat..
ini lah kenangan akhir ku bersama2 arwah..
23 oktober 2007masa balik keja hamiza demam sket, pas magrib aku anto dia g klinik, doktor bg ubt demam ngan antibiotik, masa tu dia batuk sket2, pas tu masa aku bg mkn ubt dia biru sket pas tu ok.. mlm tu dia tak de lak wat hal. ok jek..
24 oktober 2007on the way nak balik jb sebab ari ni ada cek up mata kat HSA.. hamiza pengsan 3x dlm keta. tp aku tak le panik sebab aku dah biasa ngan dia mcm tu.. dia ok jek pas tu.. puncanya sebab batuk tak lepas, tu yg biru terus pengsan..
smp2 kat HSA ambik gak nombor kat klinik mata, time nak titik ubt kat mata tu aku bg tau nurse dia pgsan td, tu yg nurse tu suh g kecemasan wat rawatan kat sana .. smp kat kecemasan , dia kena letak bwh heater pas tu x-ray kat lung dia ada white spotted, mcm kena infection.. maka kena la tahan kat wad..
maka berhari2 kat wad, dia da mkin ok cuma tak leh off O2, pakai pun half liter jek, so dok la kat open wad.. patient yg masuk silih berganti semua kes batuk.. aku dah risau jek, c kecik ni dah ler prem dok plak wad campur2, mau kena infection.. aku mintak tukar wad, mintak la wad sorg2, doktor x bg, alasan tak de tmpt nak letak kitorg, temper gak masa tu, hari2 aku mintak kat doktor, tp alasan tetap same.. tp yang paling aku sayu bile igt, time waktu tgari, tak de sape tgok kitorg, sure aku ckp kat dia, tak de org nak tgok kita dik, meh la kita tido.. dengan sporting nyer dia tido, kitorg kongsi bantal, aku suka tido, letak idung aku kat pipi dia.. indahnyer masa tu..
smp la 31 oktober kul 1 pg, dia tak leh tido, aku igt dia sejuk sebab ujan masa tu, aku balut2 la, dia stat batuk2, tp tak lamer la.. makin pg makin ok.. pg tu dia minum kul 7.30 pas tu tak leh minum sebab ada sessi fisioterapi.. untuk kuarkan lendir dia secara manual.. smp la kul 11 lebih pg tu, dia batuk2 terus biru mcm masa dlm keta tu, aku time tu leh panik, doktor kat sebelah wad pun aku tak terpanggil.. masuk kat bilik rawatan terus wat kecemasan.. dkt sejam gak la, dorg kejakan hamiza, smp la dia ok semula, tp pakai O2.. pas tu masuk wad semula, dia pakai topeng tu, tp menangis sebab lapa sgt, doktor dah sedut semua yg ada dlm perut.. dorg takut susu masuk kat peparu sebab kan batuk.. dlm 1 lebih ptg macam tu, dia still tak leh minum so aku bg dia puting, punya la kuat dia hisap. sedih sgt masa tu tgok dia.. memang lapa sesgt.. pas tu kena xray lg, tgok makin byk white spotted tu kat lung dia.. nadi dia pun laju, yg paling sedih, tiub untuk susu kat mulut dia pun dia kunyah..
pas tu dlm kul 2 lebih doktor suggest guna ventilator sebab nadi dia dlm 200++ kalau dia batuk lg, memang bole bwk maut.. pas tu kitorg pun setuju, tu la last time aku ngn husband dgor dia nangis. sebelum tu ada doktor ni ambik darah dia, macam tak de perasaan, hamiza nangis sama tarik tgn dia, doktor seboleh2 nak cucuk, rasa mcm nak tampar jek doktor tu.. pas tu terus bwk g bilik rawatan, dia terus tido terus anta icu untuk pasang ventilator..
ptg tu jugak dia pasang ventilator, doktor bg tau sehari 2 jek bg dia stabil, pas tu leh masuk wad biasa semula.. aku ni pun ye2 la setuju, sehari tu aku tak mkn, ptgnyer aku dah mcm mabuk, husband tak bg aku jg dia kat icu, mlm tu aku balik jugak, tp tak lena pun, takut2 bunyi hp tak dgr..
pg 1 nov kitorg smp icu dlm kul 8.15 tgok2 doktor pakar tgh round, dok cek2 dia, husband terus g keja, igt dia ok, sbb semlam ok lg, dlm kul 9 doktor abis round aku pun masuk.. Ya Allah aku nak pengsan tgok dia dah kembang.. mcm budak 5 kilo, dah bukan macam dia.. aku terus nangis.. aku bgun gak jumpa doktor pakar tu, dia kata hamiza tak kencing sejak masuk situ, lung dia makin teruk mybe kidney dia pun rosak.. aku mcm nak giler aku dgor dan keadaan dia quite kritikal, aku call husband suh dtg cpt, tak yah ler keja time2 anak kritikal.. kul 10.30 dia smp HSA.. dia pun nangis tgok hamiza mcm tu.. pas tu doktor bg tau yg jantung dia tu berdenyut pun sebab ada bantuan ubt, dah 2 ubt jantung dia maksimum 1 lg baru masukkan.. tp tekanan darah dia tetap tak naik.. tgari tu ubt yg ke 3 tu pun maksimum.. jantung aku yg nak pecah tgok keadaan dia.. ari tu dia tetap tak kencing, smp ke ptg tu ada la dlm 4 ke 8 ml jek dia kencing, tak normal dah tu.pas tu ada campur darah dlm urine dia. smp mlm ada la perubahan sket, mlm tu aku tido kat surau, mula2 tido tepi katil dia, tp kaki asik kebas2 jek aku pun g surau.. kul 5 aku bgun g tgok dia, tetap mcm tu.. sedih sgt, surah Yassin tu aku dah naik hafal.. aku tak benti berdoa, kalau ALLah nak ambik, ambik la, tp kalau ALLAH nak duga aku, walau mcm maner pun keadaan dia pas ni aku terima.. jauh kat sudut ati aku aku nak dia sembuh mcm sediakala..
pg jumaat 2 nov, doktor dah off ubt tido dia, dia celik jek, respon la aku panggil, pas tu aku sempat la gurau2 ngan dia, aku suh dia buat dagu aku, dia buat.. aku ni ada habit suka kerut2 dagu, macam tak caya dia buat, aku suh dia kelip mata kalau sayang kat aku, dia kelip, aku ulng suh kelip kalau syg kat ayah, dia tak kelip, aku dengki, ibu ckp kat ayah, bb tak syg ayah,. terus dia kelip.. senang ati la tgok ada respon, progress pun ok, pakar tu bg tau dia da mkin ok, tgari adik aku lepak ngan dia siap nyanyi lagu angguk2 geleng2 tunduk2.. adik aku memang suka dengki dia ngan lagu tu.. dalm kul 3 lebih kot, mata dia dah tak kelip, celik tak, tutup pun tak.. aku bg tau nurse, nurse kata tak de pape la, smp la ptg mcm tu. aku ngan husband leh citer ngan dia, aku nk buat kenduri ngan akikah dia kalau dia sihat.. sebb pas kuar spital lum sempat wat kenduri doa selamat untuk dia.. dia mcm paham jek..
Tuhan bg lg aku dugaan ptg tu, aku kena selsema, gatal2 tekak, aku dah janji ngan dia tak mo tinggalkan dia sorg2 tp aku terpaksa, aku tak mo dia jangkit, dah ler dia sakit, karang tambah2 lg.. sebelum balik, aku bisik kat telinga dia, janji ngan ibu jgn tinggalkan ibu tau, besok pepg ibu dtg, ibu tak mo adik kena jngkit sakit ibu.. sayu gak nak balik.. tp aku tawakal jek balik umah..
pg 3 nov, aku smp doktor pakar tgh round, dia bg tau hamiza tak de harapan, macam2 cara dah buat bg dia pulih tp semua organ dia failed untuk berfungsi.. puncanyer lung dia tak leh nak pam oksigen untuk bekalkan O2 kat semua organ.. otak dia pun dah mati, tak de jalan lain yg doktor leh buat, doktor sugesst supaya ubt jantung pun off, biar dia pergi ngan sendiri, mcm nak gila aku dgor, aku tak leh nak berdiri dah, husband aku papah dah aku, terduduk aku dgor..
aku call parent aku suh semua adik badik dtg seblum aku ngan husband wat decision off ubt jantung.. semua adik badik ngan parent aku dah tgok dlm kul 12 aku mintak off ubt jantung, tp mesin still on.. doktor kata pas off ubt tu dia akn pergi sendiri pelan2.. smp la kul 7 mlm, heart rate dia masih 100.. dlm kul 8 tu pakar tu dtg sebab ada on call, dia dtg tgok dia turun kan mesin tu dr 50 ke 20 kadar denyut nyer.. nurse tu kagum jugak, sebab selalu pas off ubt jantng tak lamer la patient leh tahan, ni dah almost 9 hour..
dlm kul 10 doktor yg bertugas tu bg aku tatang dia, tp aku tak kuat, aku tatang sekejap jek, berat sgt dah mcm budak 6 kilo, tu pun drip dia dah kurang yg masuk.. pas tu aku tercium bau mayat kat tgn aku, aku ckp kat doktor dia cek, hamiza still ada tp terlalu lemah..
aku diskas ngan husband, aku tak sanggup nak tgok dia terseksa, aku mintak off mesin.. tp doktor tu tak berani nak off, dia rujuk pakar, result nyer leh off tp still pakai mask o2..
dlm kul 10.45 doktor off mesin. aku bisik kat dia, aku dah halalkan semua nye dunia dan akhirat, selamat jalan sayang, tunggu ibu ngan ayah kat sana .. assalamualaikum,.. aku terus nangis.. aku dah bg the best untuk dia.. tp Allah yg menyusun semua ni..
dlm 11.15 doktor sahkan dia dah tak de.. sempat la aku mintak maaf kat dia sebab aku nak off mesin, aku bukan nak suh dia pergi cpt tp aku tak tahan tgok dia terseksa mcm tu. harap2 dia maafkan aku. sedih sgt..doktor bukak semua wayar2 yg ada kat dia,
dlm 11.30 ngan kain batik yg aku beli masa nak lahirkan dia dulu tu la yg wat balut dia untuk bwk balik.. dan dia pakai pampes comfort tu la kepingan terakhir dr pek 92 keping yg aku beli.. pek tu asing2, 1 pek besar 2 pek kecik. pek kecik tu la yg last.. sayu gila aku masa aku bg pampes tu kat nurse, aku bg tau tu la kepingan terakhir untuk dia.. nurse tu pun nangis..
dlm kul 12 kat umah mayat, smp umah dekat kul 1 pg.. tu la baru aku sms kawan2 bg tau yg hamiza dah tak de..
ayah aku nangis masa ngaji untuk dia, masa arwah nenek (mak kpd ayah aku) meninggal ayah aku tak le nangis mcm tu.. ye pun hamiza sorg jek cucu pompuan dia.. tu yg sayu sgt..
pg dlm kul 7.45++ org yg nak mandikan dia dtg, siap2kan semua dlm 8.30 dah bwk g kubur.. pg tu jugak tak kedai bunga yg bukak, aku g pasar tebrau leh tak tau maner kedai bunga, pusing2 last2 jumpa, smp kubur org dah siap baca talkin, nak pitam aku kat situ, betul2 dia tak mo buat aku sedih, tgok dia masuk liang lahad.. nyesal sgt sebab sibuk cari bunga nak tabur kat pusara dia. tp masa aku turun dr keta kat kubur tu,akak aku kata aku lari mcm tak cecah bumi, dah ler kubur dia selit2 kat kubur lama.. aku rasa sekejap sgt, ye pun aku pusing cr bunga tu bukan lama pun, Ya Allah smp ni aku terkilan sebab tak dgr org bacakan dia talkin.. tp aku dah redhakan semua nyer.. biarla dia pergi, kalau panjang umur pun dia mybe cacat, ye pun kaki dia tmpt pasang drip tu dah bernanah, Ya Allah betul2 Allah nak uji aku laki bini.. sayu sgt..
masa kat rumah mayat tu, tunggu register, aku belek2 buku kesihatan dia, aku ternampak ada catatan "Cronic Lung Desease" tp tak de sorg doktor pun bgtau aku yg dia ada masalah lung.. yg aku tau dia ada masalah usus ngan mata jek.. mungkin aku lmbt trnsfer ke specialist, mungkin kalau awal dia dpt diselamatkan.. kitorg diskas gak, kalau style doktor kat icu mcm kat open wad, memang anto speciallist, tp kenangkan doktor pakar yg jaga dia, every time doktor pakar tu dok situ, pikir nak bg dia sembuh tu yg buat aku ngan husband tak jd anta.. aku respect la kat Doktor Nizam, dia dah buat yg terbaik untuk arwah.. thanx doktor..
tp masa arwah pergi tu aku ngan husband dah tenang, aku dah dpt menerima kenyataan, either mesin tu on atau off arwah tetap pergi.. sekurang2nyer arwah tak pergi dengan mengejut.. dia beri aku masa dan ruang untuk tenangkan diri..
she's very gud girl, tak susah nak menjaga dia, tak pernah kembung perut, tak penah alah pd pampes. kalau kenyang dia tido, kalau basah pun jarang nangis, just hek hek hek.. aku benar2 kehilangannyer.. dan kalau aku tau dia ada lung problem tentu aku tak bwk dia shopping smp ke jusco, beraya ke merata2 tmpt, dan dah tentu aku akan jg dia dengan xxxxxxtra care, supaya dia tak sakit.dan mungkin juga tak de kenangan terindah seperti ini... tp aku dan husband cuma diberi peluang merasa selama 5 bulan 10 hari.. hanya tu masa dan kesempatan yg tuhan beri.. aku sangat2 bersyukur atas kehadiran nyer menyerikan rumahtangga aku dan husband..
tapi ALLAH lebih menyayangi hamiza.. semoga sayang ibu dan ayah NUR HAMIZAH IZZATI aman dan bahagia kat sana , jangan lupa tunggu ibu dan ayah di syurga.. amin...
coretan akuyann12 nov 20074.35pm

Tuesday, December 9, 2008

Alahai Menantu

> Pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya ygcun> melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman,> seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup> sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari> berkahwin..seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib> berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman> gelabah..> sbb sebelum ini dia tak pernah solat.>> Lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni..abg> tak penah solat ni"> "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisikperlahan..> Seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim> takbir..seman ikut takbir... lalu pak kasim membaca surah> alfatihah.."bismillahirrahmanirrahim..." seman pun turut membaca bismillah> dengan lantang... "bismillahirrahmanirrahim...">> Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam jeyg> baca kuat.. getus hati pak kasim..pak kasim buat selamba. dia terusmembaca> surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat> seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji.>> pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman.> seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim.> "ish! gila ke menantu aku ni??">> Pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. Seman turut> berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. Pak kasim terus melarikan> diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.> Seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak> kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut> menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.>> Pak kasim pun terus bertanya kepada seman.> "seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?"> "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena> berlari..">> (huargh huargh huargh!!!! sedey nye kalau ada laki camnie !)>> ----------------------------------->> Cerita 2> Solat Subuh>> Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie> boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah> kacaknya.Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah> bukanlah jenis yang memilih> sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak> Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas> ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi.> Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya> pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah> pun lewat jugak lah masuk tidurnya.>> Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak> Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi> rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap> untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak> sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan> awal oleh isterinya Minah.>> Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika> ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah> solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak HajiDollah> pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga> rakaat?"> lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup> empat rakaat tadi...">> Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu> malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang> subuh! Kantoi..kantoi...>> ---------------------------------------->> Cerita 3> Kamil Si Pengantin Baru>> Kamil merupakan pengantin baru yg baru sahaja melangsungkan perkahwinan> dengan gadis pilihan hatinya. Pada hari berlangsungnya majlis kenduri> kahwin, habis dibedalnye semua makanan pengantin bak org kebulor 10 hari> tak makan. Tak dikiranya mak mertua ke sedara mara ke. yang penting dia> dapat merasai kesemua makanan pengantin yang khas di buat untuk raja> sehari.> "Bila lagik aku dapat merasa makanan punya sedap ni.kalau aku malu> alamatnye lapor ler" bisik hati kecilnya.>> Tiba malam selepas selesainya majlis kendara tu, perut si kamil nie> memulas-mulas. Sampai kentut-kentut dibuatnya. Sakit perutnya di bawak> sampai keesokan harinya.>> Pagi tu mak mertua kesayangannya telah menyediakan sarapan pagi untuk> mereka sekeluarga. Keluarlah kamil dari biliknya hanya memakai kainpelikat> supaya senang nak ke jamban kalau terdesak.>> Sambil duduk bersebelahan isteri tercintanya di kelilingi oleh mak mertua,> bapak mertua dan dua org adik isterinya kamil menjamah sarapan pagi tu.>> Tiba-tiba perut si kamil buat hal lagik. Nak ke bilik air rasa segan lak,> lalu dia pun melepas angin kentut se'slow' yg mungkin dan kebetulan ade> seekor kucing bernama cemong di bwh meja makan itu.> Mak mertua nye pun bersuara " cemong!"> Fuh lega sungguh hati si kamil kerana si cemong yg menjadi mangsa mak> mertuanya. Sekali lagi perut kamil memulas-mulas lalu dilepaskan gas se> slow seperti yang pertama tadi. "Cemong!" teriak mak mertuanya sekali lagi> kepada si cemong. Lega hati si kamil.>> Sambil dok menghayati hidangan pagi tu, Kamil sekali lagi buat> hal.dekkerana sebelum nie dah dua kali dilepaskan gas, dan mangsanya si> cemong, kamil dengan selamba buat dek melepaskan gas dengan sekali> hembusan.>> Kali ini mak mertuanya berteriak " Cemong, beralih ko dari situ, kang di> beraknye pulak kat ko".>> Alangkah malunye si kamil mendengar ulasan dari mak mertua kesayangannye> itu. ape lagik merah padam la muke si kamil lalu terus dia menuju ke bilik> kerana 2 sebab. Pertama, malu sebab mak mertua sindir. Kedua, dia dah> takleh tahan untuk melepaskan niatnya itu.>> "Menyesal aku bedal sume makanan pengantin semalam" ujarnya sambil dok> termenong dalam jamban .>> hihihihi...

ANAK ITU KUPU2 SYURGA

Keistimewaan yang bakal diperoehapabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah
sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali
ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat
daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung
tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan
anaknya
itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
'Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku
cium.' Sabda Nabi SAW; 'Orang yang tidak menyayangi tidak pulaakan
disayangi.'

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan
dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang
yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; 'Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? '
Jawab baginda; 'Berbaktilah kepada ibu bapamu.'
Kata lelaki itu lagi; 'Ibu bapaku sudah tiada lagi.'
Sabda Nabi SAW; 'Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.'

Wallahualam bissawab .