Wednesday, December 17, 2008

Beringatlah Wahai Para Isteri

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua
tahun yang lalu sering
>datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya
>selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang
>telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya
>mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari
>ini.

>Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan
>anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.
>Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan
>saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi
>keterlaluan jika dikatakan
>saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat
>berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan
>rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah
>saya
>abaikan.
>
>Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat
>memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang
>untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan
>lain-lain
>sifat yang
>baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan
>waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang
>berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan
>memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang
>bertakwa.
>Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami
>akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri
>terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam
>dan
>menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan
>kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang
>kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas
>mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah
>tugas
>nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.
>Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat
>dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur
>kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur,
>hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan
>sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain
>kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan
>masing-masing.
>
>Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya
>ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu
>merupakan
>hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa
>orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan
>pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke
>rumah.
>Penat dan letih tidak dapat digambarkan.
>
>Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.
>Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak,
>bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada
>petang itu.
>Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu
>jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami
>sedar
>saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak
>memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan
>laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya.
>Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa
>tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan
>usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami
>sayalah
>orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap
>pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di
>katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun
>hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar
>tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya
>hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata
>kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu
>saya
>menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.
>Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada
>saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu
>tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.
>Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.
>Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti
>ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak
>berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali
>-
>panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam
>kemalangan
>dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital,
>tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya
>dan
>saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami,
>tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya
>kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini.
>Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan
>yang
>lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,
>maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya.
>Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada
>seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,
>tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan
>murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya." Sehingga kini,
>setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.
>Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara
>saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak
>agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada
>ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai
>isterinya.
>Itulah harapan saya ...semoga Allah perkenankannya.
>
>Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan

No comments: