Tuesday, December 16, 2008

Baca Dan Hayati Citer Nie

aku kini benar2 kehilangannyer...
aku lama nak menulis blog khas untuk anak aku.. tp asik tertangguh2.. sibuk uruskan dirinya, hal2 kesihatan, appoinment2 nye di klinik dan hospital.. buat aku rasa malas nk menulis..tp aku tak sangka apa yg aku alami ni jd kenangan terindah dan terpedih dlm hidup aku..
buat anak ibu Nur Hamiza Izzati. ibu pernah berbisik pd kamu, di akhir2 hayat mu yg kasih dan sayang ibu terhadap mu seluas alam semesta ini, dunia dan akhirat..
ini lah kenangan akhir ku bersama2 arwah..
23 oktober 2007masa balik keja hamiza demam sket, pas magrib aku anto dia g klinik, doktor bg ubt demam ngan antibiotik, masa tu dia batuk sket2, pas tu masa aku bg mkn ubt dia biru sket pas tu ok.. mlm tu dia tak de lak wat hal. ok jek..
24 oktober 2007on the way nak balik jb sebab ari ni ada cek up mata kat HSA.. hamiza pengsan 3x dlm keta. tp aku tak le panik sebab aku dah biasa ngan dia mcm tu.. dia ok jek pas tu.. puncanya sebab batuk tak lepas, tu yg biru terus pengsan..
smp2 kat HSA ambik gak nombor kat klinik mata, time nak titik ubt kat mata tu aku bg tau nurse dia pgsan td, tu yg nurse tu suh g kecemasan wat rawatan kat sana .. smp kat kecemasan , dia kena letak bwh heater pas tu x-ray kat lung dia ada white spotted, mcm kena infection.. maka kena la tahan kat wad..
maka berhari2 kat wad, dia da mkin ok cuma tak leh off O2, pakai pun half liter jek, so dok la kat open wad.. patient yg masuk silih berganti semua kes batuk.. aku dah risau jek, c kecik ni dah ler prem dok plak wad campur2, mau kena infection.. aku mintak tukar wad, mintak la wad sorg2, doktor x bg, alasan tak de tmpt nak letak kitorg, temper gak masa tu, hari2 aku mintak kat doktor, tp alasan tetap same.. tp yang paling aku sayu bile igt, time waktu tgari, tak de sape tgok kitorg, sure aku ckp kat dia, tak de org nak tgok kita dik, meh la kita tido.. dengan sporting nyer dia tido, kitorg kongsi bantal, aku suka tido, letak idung aku kat pipi dia.. indahnyer masa tu..
smp la 31 oktober kul 1 pg, dia tak leh tido, aku igt dia sejuk sebab ujan masa tu, aku balut2 la, dia stat batuk2, tp tak lamer la.. makin pg makin ok.. pg tu dia minum kul 7.30 pas tu tak leh minum sebab ada sessi fisioterapi.. untuk kuarkan lendir dia secara manual.. smp la kul 11 lebih pg tu, dia batuk2 terus biru mcm masa dlm keta tu, aku time tu leh panik, doktor kat sebelah wad pun aku tak terpanggil.. masuk kat bilik rawatan terus wat kecemasan.. dkt sejam gak la, dorg kejakan hamiza, smp la dia ok semula, tp pakai O2.. pas tu masuk wad semula, dia pakai topeng tu, tp menangis sebab lapa sgt, doktor dah sedut semua yg ada dlm perut.. dorg takut susu masuk kat peparu sebab kan batuk.. dlm 1 lebih ptg macam tu, dia still tak leh minum so aku bg dia puting, punya la kuat dia hisap. sedih sgt masa tu tgok dia.. memang lapa sesgt.. pas tu kena xray lg, tgok makin byk white spotted tu kat lung dia.. nadi dia pun laju, yg paling sedih, tiub untuk susu kat mulut dia pun dia kunyah..
pas tu dlm kul 2 lebih doktor suggest guna ventilator sebab nadi dia dlm 200++ kalau dia batuk lg, memang bole bwk maut.. pas tu kitorg pun setuju, tu la last time aku ngn husband dgor dia nangis. sebelum tu ada doktor ni ambik darah dia, macam tak de perasaan, hamiza nangis sama tarik tgn dia, doktor seboleh2 nak cucuk, rasa mcm nak tampar jek doktor tu.. pas tu terus bwk g bilik rawatan, dia terus tido terus anta icu untuk pasang ventilator..
ptg tu jugak dia pasang ventilator, doktor bg tau sehari 2 jek bg dia stabil, pas tu leh masuk wad biasa semula.. aku ni pun ye2 la setuju, sehari tu aku tak mkn, ptgnyer aku dah mcm mabuk, husband tak bg aku jg dia kat icu, mlm tu aku balik jugak, tp tak lena pun, takut2 bunyi hp tak dgr..
pg 1 nov kitorg smp icu dlm kul 8.15 tgok2 doktor pakar tgh round, dok cek2 dia, husband terus g keja, igt dia ok, sbb semlam ok lg, dlm kul 9 doktor abis round aku pun masuk.. Ya Allah aku nak pengsan tgok dia dah kembang.. mcm budak 5 kilo, dah bukan macam dia.. aku terus nangis.. aku bgun gak jumpa doktor pakar tu, dia kata hamiza tak kencing sejak masuk situ, lung dia makin teruk mybe kidney dia pun rosak.. aku mcm nak giler aku dgor dan keadaan dia quite kritikal, aku call husband suh dtg cpt, tak yah ler keja time2 anak kritikal.. kul 10.30 dia smp HSA.. dia pun nangis tgok hamiza mcm tu.. pas tu doktor bg tau yg jantung dia tu berdenyut pun sebab ada bantuan ubt, dah 2 ubt jantung dia maksimum 1 lg baru masukkan.. tp tekanan darah dia tetap tak naik.. tgari tu ubt yg ke 3 tu pun maksimum.. jantung aku yg nak pecah tgok keadaan dia.. ari tu dia tetap tak kencing, smp ke ptg tu ada la dlm 4 ke 8 ml jek dia kencing, tak normal dah tu.pas tu ada campur darah dlm urine dia. smp mlm ada la perubahan sket, mlm tu aku tido kat surau, mula2 tido tepi katil dia, tp kaki asik kebas2 jek aku pun g surau.. kul 5 aku bgun g tgok dia, tetap mcm tu.. sedih sgt, surah Yassin tu aku dah naik hafal.. aku tak benti berdoa, kalau ALLah nak ambik, ambik la, tp kalau ALLAH nak duga aku, walau mcm maner pun keadaan dia pas ni aku terima.. jauh kat sudut ati aku aku nak dia sembuh mcm sediakala..
pg jumaat 2 nov, doktor dah off ubt tido dia, dia celik jek, respon la aku panggil, pas tu aku sempat la gurau2 ngan dia, aku suh dia buat dagu aku, dia buat.. aku ni ada habit suka kerut2 dagu, macam tak caya dia buat, aku suh dia kelip mata kalau sayang kat aku, dia kelip, aku ulng suh kelip kalau syg kat ayah, dia tak kelip, aku dengki, ibu ckp kat ayah, bb tak syg ayah,. terus dia kelip.. senang ati la tgok ada respon, progress pun ok, pakar tu bg tau dia da mkin ok, tgari adik aku lepak ngan dia siap nyanyi lagu angguk2 geleng2 tunduk2.. adik aku memang suka dengki dia ngan lagu tu.. dalm kul 3 lebih kot, mata dia dah tak kelip, celik tak, tutup pun tak.. aku bg tau nurse, nurse kata tak de pape la, smp la ptg mcm tu. aku ngan husband leh citer ngan dia, aku nk buat kenduri ngan akikah dia kalau dia sihat.. sebb pas kuar spital lum sempat wat kenduri doa selamat untuk dia.. dia mcm paham jek..
Tuhan bg lg aku dugaan ptg tu, aku kena selsema, gatal2 tekak, aku dah janji ngan dia tak mo tinggalkan dia sorg2 tp aku terpaksa, aku tak mo dia jangkit, dah ler dia sakit, karang tambah2 lg.. sebelum balik, aku bisik kat telinga dia, janji ngan ibu jgn tinggalkan ibu tau, besok pepg ibu dtg, ibu tak mo adik kena jngkit sakit ibu.. sayu gak nak balik.. tp aku tawakal jek balik umah..
pg 3 nov, aku smp doktor pakar tgh round, dia bg tau hamiza tak de harapan, macam2 cara dah buat bg dia pulih tp semua organ dia failed untuk berfungsi.. puncanyer lung dia tak leh nak pam oksigen untuk bekalkan O2 kat semua organ.. otak dia pun dah mati, tak de jalan lain yg doktor leh buat, doktor sugesst supaya ubt jantung pun off, biar dia pergi ngan sendiri, mcm nak gila aku dgor, aku tak leh nak berdiri dah, husband aku papah dah aku, terduduk aku dgor..
aku call parent aku suh semua adik badik dtg seblum aku ngan husband wat decision off ubt jantung.. semua adik badik ngan parent aku dah tgok dlm kul 12 aku mintak off ubt jantung, tp mesin still on.. doktor kata pas off ubt tu dia akn pergi sendiri pelan2.. smp la kul 7 mlm, heart rate dia masih 100.. dlm kul 8 tu pakar tu dtg sebab ada on call, dia dtg tgok dia turun kan mesin tu dr 50 ke 20 kadar denyut nyer.. nurse tu kagum jugak, sebab selalu pas off ubt jantng tak lamer la patient leh tahan, ni dah almost 9 hour..
dlm kul 10 doktor yg bertugas tu bg aku tatang dia, tp aku tak kuat, aku tatang sekejap jek, berat sgt dah mcm budak 6 kilo, tu pun drip dia dah kurang yg masuk.. pas tu aku tercium bau mayat kat tgn aku, aku ckp kat doktor dia cek, hamiza still ada tp terlalu lemah..
aku diskas ngan husband, aku tak sanggup nak tgok dia terseksa, aku mintak off mesin.. tp doktor tu tak berani nak off, dia rujuk pakar, result nyer leh off tp still pakai mask o2..
dlm kul 10.45 doktor off mesin. aku bisik kat dia, aku dah halalkan semua nye dunia dan akhirat, selamat jalan sayang, tunggu ibu ngan ayah kat sana .. assalamualaikum,.. aku terus nangis.. aku dah bg the best untuk dia.. tp Allah yg menyusun semua ni..
dlm 11.15 doktor sahkan dia dah tak de.. sempat la aku mintak maaf kat dia sebab aku nak off mesin, aku bukan nak suh dia pergi cpt tp aku tak tahan tgok dia terseksa mcm tu. harap2 dia maafkan aku. sedih sgt..doktor bukak semua wayar2 yg ada kat dia,
dlm 11.30 ngan kain batik yg aku beli masa nak lahirkan dia dulu tu la yg wat balut dia untuk bwk balik.. dan dia pakai pampes comfort tu la kepingan terakhir dr pek 92 keping yg aku beli.. pek tu asing2, 1 pek besar 2 pek kecik. pek kecik tu la yg last.. sayu gila aku masa aku bg pampes tu kat nurse, aku bg tau tu la kepingan terakhir untuk dia.. nurse tu pun nangis..
dlm kul 12 kat umah mayat, smp umah dekat kul 1 pg.. tu la baru aku sms kawan2 bg tau yg hamiza dah tak de..
ayah aku nangis masa ngaji untuk dia, masa arwah nenek (mak kpd ayah aku) meninggal ayah aku tak le nangis mcm tu.. ye pun hamiza sorg jek cucu pompuan dia.. tu yg sayu sgt..
pg dlm kul 7.45++ org yg nak mandikan dia dtg, siap2kan semua dlm 8.30 dah bwk g kubur.. pg tu jugak tak kedai bunga yg bukak, aku g pasar tebrau leh tak tau maner kedai bunga, pusing2 last2 jumpa, smp kubur org dah siap baca talkin, nak pitam aku kat situ, betul2 dia tak mo buat aku sedih, tgok dia masuk liang lahad.. nyesal sgt sebab sibuk cari bunga nak tabur kat pusara dia. tp masa aku turun dr keta kat kubur tu,akak aku kata aku lari mcm tak cecah bumi, dah ler kubur dia selit2 kat kubur lama.. aku rasa sekejap sgt, ye pun aku pusing cr bunga tu bukan lama pun, Ya Allah smp ni aku terkilan sebab tak dgr org bacakan dia talkin.. tp aku dah redhakan semua nyer.. biarla dia pergi, kalau panjang umur pun dia mybe cacat, ye pun kaki dia tmpt pasang drip tu dah bernanah, Ya Allah betul2 Allah nak uji aku laki bini.. sayu sgt..
masa kat rumah mayat tu, tunggu register, aku belek2 buku kesihatan dia, aku ternampak ada catatan "Cronic Lung Desease" tp tak de sorg doktor pun bgtau aku yg dia ada masalah lung.. yg aku tau dia ada masalah usus ngan mata jek.. mungkin aku lmbt trnsfer ke specialist, mungkin kalau awal dia dpt diselamatkan.. kitorg diskas gak, kalau style doktor kat icu mcm kat open wad, memang anto speciallist, tp kenangkan doktor pakar yg jaga dia, every time doktor pakar tu dok situ, pikir nak bg dia sembuh tu yg buat aku ngan husband tak jd anta.. aku respect la kat Doktor Nizam, dia dah buat yg terbaik untuk arwah.. thanx doktor..
tp masa arwah pergi tu aku ngan husband dah tenang, aku dah dpt menerima kenyataan, either mesin tu on atau off arwah tetap pergi.. sekurang2nyer arwah tak pergi dengan mengejut.. dia beri aku masa dan ruang untuk tenangkan diri..
she's very gud girl, tak susah nak menjaga dia, tak pernah kembung perut, tak penah alah pd pampes. kalau kenyang dia tido, kalau basah pun jarang nangis, just hek hek hek.. aku benar2 kehilangannyer.. dan kalau aku tau dia ada lung problem tentu aku tak bwk dia shopping smp ke jusco, beraya ke merata2 tmpt, dan dah tentu aku akan jg dia dengan xxxxxxtra care, supaya dia tak sakit.dan mungkin juga tak de kenangan terindah seperti ini... tp aku dan husband cuma diberi peluang merasa selama 5 bulan 10 hari.. hanya tu masa dan kesempatan yg tuhan beri.. aku sangat2 bersyukur atas kehadiran nyer menyerikan rumahtangga aku dan husband..
tapi ALLAH lebih menyayangi hamiza.. semoga sayang ibu dan ayah NUR HAMIZAH IZZATI aman dan bahagia kat sana , jangan lupa tunggu ibu dan ayah di syurga.. amin...
coretan akuyann12 nov 20074.35pm

No comments: